Isnin, 6 Februari 2012

Ikan Keli Berlada




Bahan-bahan ( 5 orang )

5 ekor ikan keli sederhana besar
1 keping asam gelugur/asam keping
secubit gula
secubit garam dan kunyit
minyak untuk menumis

Bahan dikisar :
20 biji cili api
10 biji cili merah

Cara-cara
Bersihkan ikan keli. Gunakan limau nipis dan daun limau purut untuk hilangkan hanyir
Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan
Tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Masukkan gula dan asam keping hingga garing.
Angkat dan tuang di atas ikan keli gereng tadi. 

Ikan keli bakar


Bahan-bahan

-ikan keli 
-serbuk sup
-santan
-limau nipis 3 biji
-serai (utk percik je)
-gula
-garam

Cara2
perap ikan keli tadi bersama serbuk sup,gula,garam dan perahan limau secukup rasa kalau nak manis letak gula banyak sikit.pastikan ikan keli tidak bergerak ketika proses pemerapan..gaulkan sehingga sekata..perap la dalam 30 minit..

penyedian santan percik
santan tadi campurkan dengan sedikit serbuk sup gula n garam secukup rasa.

cara2 membakar
letak ikan keli tadi atas pemanggang..sambil percik ngan santan tadi sampai masak..